expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Soalan Lazim LPPSA - Pembatalan / Penangguhan Pembiayaan


Mengapakah masih terdapat baki pembiayaan setelah pembatalan pembiayaan perumahan dibuat?

Bagi akaun yang masih mempunyai baki pembiayaan setelah pembatalan dibuat, kemungkinan adalah disebabkan oleh:

i. Bagi pembatalan pembiayaan selepas satu (1) tahun dari tarikh kelulusan pembiayaan dan pengeluaran bayaran polisi gadaijanji sahaja, pihak Panel Insurans/ Takaful akan membuat pemulangan ke atas Nilai Serahan Tunai. Sekiranya akaun masih berbaki debit, pihak LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki tersebut kepada peminjam.

ii. Bagi pembatalan pembiayaan yang dibuat selepas pengeluaran bayaran polisi gadaijanji dan hartanah, pihak LPPSA akan menuntut jumlah bayaran yang telah dikeluarkan (hartanah dan insurans/ takaful) kepada peminjam termasuk faedah yang dikenakan.

Bagaimanakah Nilai Serahan Tunai ditentukan bagi kes pembatalan?

Pengiraan Nilai Serahan Tunai akan ditentukan oleh pihak Panel Insurans/ Takaful. Sekiranya akaun berbaki debit, Pihak LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki pembiayaan kepada peminjam.

Apakah kriteria untuk permohonan penangguhan bayaran balik?

Anda layak untuk penangguhan bayaran balik sekiranya anda telah diluluskan dengan cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji bagi tempoh minimum setahun dan tertakluk kepada keadaan berikut:

i. Melanjutkan pelajaran atas tajaan Kerajaan bagi Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD dalam Negeri atau luar Negara; atau

ii. Mengikuti suami/ isteri yang melanjutkan pelajaran Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD dalam Negeri atau luar Negara atas tajaan Kerajaan; atau

iii. Mengikuti suami/ isteri yang bertugas dengan Kerajaan di luar Negara; atau

iv. Mengambil cuti menjaga anak bagi tempoh minimum setahun yang bersambung daripada tamat tempoh cuti bersalin.

Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan pampasan polisi insurans/ takaful pemilik rumah jangka panjang (LTHO) bagi kes kebakaran/ banjir/ bencana?

Anda hendaklah mengemukakan tuntutan terus kepada Panel Insurans/ Takaful yang telah dipilih semasa permohonan pembiayaan.