.jpg)
Peminjam yang akan bersara / tamat perkhidmatan perlu menghantar Borang Pemberitahuan Persaraan / Tamat Perkhidmatan (Lampiran C) kepada LPPSA 6 bulan sebelum tarikh persaraan.
Bayaran balik melalui potongan pencen (APP) tidak dilaksanakan, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Peminjam perlu memaklumkan kepada LPPSA berhubung potongan pencen yang tidak dilaksanakan melalui portal pertanyaan / aduan https://etiket.lppsa.gov.my/ dan menyertakan sekali salinan penyata pencen bulanan.
LPPSA akan mengeluarkan notis ulangan makluman Arahan Potongan Pencen (APP) kepada JPA Pasca Perkhidmatan / KWAP dan JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM).
Peminjam perlu membuat bayaran balik secara terus kepada LPPSA bagi ansuran bulanan yang tidak dapat dilaksanakan melalui potongan pencen.
Adakah ganjaran saya akan dipotong bagi menyelesaikan baki pembiayaan perumahan?
Potongan melalui ganjaran akan dibuat kepada pelanggan yang bakal bersara sekiranya pelanggan mempunyai tunggakan ansuran bayaran balik bulanan semasa tempoh perkhidmatan. Amaun potongan ganjaran adalah berdasarkan kepada amaun tunggakan bayaran balik dan bukan berdasarkan amaun keseluruhan baki pembiayaan.
Sekiranya peminjam tidak mempunyai tunggakan, bayaran balik akan diteruskan melalui potongan pencen. Peminjam disarankan untuk menyemak akaun pembiayaan sebelum tarikh persaraan bagi mengelakkan potongan ganjaran ditolak.

Adakah saya boleh membuat permohonan untuk menyelesaikan baki pembiayaan perumahan melalui wang ganjaran persaraan wajib?
Boleh. Peminjam perlu mengemukakan surat permohonan dan disertakan bersama Borang Pemberitahuan Persaraan / Tamat Perkhidmatan untuk pihak LPPSA meneruskan proses permohonan tersebut.
Bagaimana cara bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA jika saya telah bersara?
Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan pencen. LPPSA akan mengeluarkan notis makluman Arahan Potongan Pencen (APP) kepada JPA Pasca Perkhidmatan / KWAP dan JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM).
Pencen bulanan saya tidak mencukupi bagi menampung ansuran bulanan pembiayaan perumahan, apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya pencen bulanan tidak mencukupi, peminjam perlu membuat bayaran wang beza secara terus ke LPPSA bagi mengelakkan berlakunya tunggakan.
Contoh:
Pencen bulanan: RM 1,000.
Ansuran bulanan LPPSA: RM1,200.
Bayaran melalui potongan pencen: RM 1,000.
Bayaran secara terus kepada LPPSA: RM 200.
Sekiranya pencen bulanan saya tidak mencukupi, bolehkan saya membuat penjadualan semula ansuran bulanan mengikut jumlah pencen yang diterima?
Tidak boleh. Penjadualan semula hanya akan dilaksanakan sekiranya peminjam membuat penyelesaiaan sebahagian baki pembiayaan perumahan.
Saya telah mengemukan Lampiran C pada 6 bulan sebelum persaraan, namun tiada maklum balas yang diterima daripada pihak LPPSA dalam tempoh 2 bulan selepas Lampiran C dihantar.
Untuk makluman, maklumat persaraan yang diterima melalui lampiran C akan dikemaskini di dalam sistem pembiayaan perumahan. Notis makluman Arahan Potongan Pencen (APP) akan dihantar kepada JPA Pasca Perkhidmatan / KWAP dan JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM) sebulan sebelum tarikh persaraan. Notis makluman APP juga akan di hantar kepada peminjam melalui e-mel, pos dan SMS.