Bagaimanakah peminjam/ waris LPPSA boleh membuat semakan sekiranya terdapat lebihan baki kredit setelah menyelesaikan pinjaman dengan LPPSA?
Peminjam/waris LPPSA boleh membuat semakan melalui medium rasmi LPPSA iaitu:
1) Talian perkhidmatan pelanggan – 03-8880 1660
2) Portal Etiket – https://etiket.lppsa.gov.my/
3) Aplikasi Mudah Alih “LPPSA MyFinancing”
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat lebihan baki kredit bagi akaun pinjaman saya?
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan sekiranya terdapat lebihan baki kredit iaitu:
KAEDAH 1 – MELALUI EMEL / POS / SERAHAN TANGAN
1. Lengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Lebihan Bayaran dan Pemulangan Dokumen Hakmilik.
2. Dokumen yang diperlukan:
I. Salinan kad pengenalan peminjam / waris
II. Maklumat akaun bank peminjam / waris
III. Dokumen pembahagian harta pusaka (bagi kes kematian sahaja)
IV. Borang permohonan yang telah lengkap diisikan dan ditandatangan
3. Penghantaran borang bersama dokumen seperti di Para 2 adalah melalui:
a. E-mel ke:
i. refund@lppsa.gov.my; DAN
ii. discharge_noreply@lppsa.gov.my
ATAU
b. Serahan tangan di Kaunter Pusat LPPSA atau Pos ke alamat seperti di bawah:-
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.
KAEDAH 2 – MELALUI BORANG ATAS TALIAN (ONLINE)
1. Daftar Masuk di link ini: https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal
Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak membuat sebarang permohonan tuntutan terhadap lebihan baki kredit bagi akaun pinjaman saya?
Sekiranya tuntutan lebihan bayaran tidak dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh surat penyelesaian dikeluarkan, lebihan bayaran tersebut akan dihantar ke Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Peminjam/waris perlu membuat tuntutan lebihan bayaran di Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara. Perkara ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002).
Adakah LPPSA akan menghantar sebarang notis peringatan kepada saya sebelum duit lebihan baki kredit saya dihantar kepada Wang Tak Dituntut?
Sekiranya tiada sebarang tuntutan dilakukan oleh peminjam dalam tempoh setahun dari tarikh surat penyelesaian dikeluarkan, LPPSA akan menghantar “Surat Makluman Lebihan Baki Pinjaman Perumahan” kepada peminjam.
Surat berikut akan dijana secara tahunan pada setiap 1 Januari bagi akaun pinjaman yang menepati syarat untuk dihantar kepada Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Namun begitu, surat tersebut hanya akan dihantar mengikut maklumat sedia ada peminjam yang terdapat didalam sistem LPPSA. Sehubungan itu, peminjam/waris dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat terkini seperti berikut dengan LPPSA:
1) Alamat surat menyurat
2) Nombor telefon
3) Alamat e-mel
Sekiranya saya hanya menyedari bahawa pinjaman saya mempunyai lebihan baki kredit setelah saya menerima “Surat Makluman Lebihan Baki Pinjaman Perumahan”, berapa lamakah masa yang saya ada untuk membuat tuntutan tersebut sebelum wang saya dihantar kepada Wang Tak Dituntut?
LPPSA hanya akan memproses borang tuntutan lebihan baki kredit yang diterima oleh LPPSA sehingga 22 Februari sahaja.
Tuntutan yang diterima selepas 22 Februari tidak akan diproses dan peminjam/waris perlu berurusan dengan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara untuk proses berikutnya.